Friday 2 January 2015

Special Order from JOVIAN MANDAGIE

Alhamdulillah.. Semenjak mengusahakan Photo Canvas sepenuh masa ni, tak putus-putus rezeki yang Allah bagi. Sebelum ni risau xcukup income bila berniaga sepenuh masa. Tapi tu lah, rezeki tu di mana-mana. Heee..

Satu hari satu whatsapp masuk, bertanya harga untuk 16pcs 30x40 inch Photo Canvas. Sebelum ni kami pernah juga terima whatsapp macam ni. Tapi kebanyakannya bertanya harga je then senyap lepas tu. Itu biasa. Jadi kitorang berikan harga namun xdelah berharap sangat. Dalam hati kami tau, mesti beliau akan survey harga kat tempat lain gak. Surely akan ada yang tawar harga lagi murah. Tapi xpe lah, kami bagi harga kami. Harga kami xmurah, betul. Tapi kami pastikan ianya berpatutan dan setimpal dengan kualiti yang akan kami berikan.

Tak lama selepas tu, kami terima berita gembira berbunyi "Bro, Bos besar setuju" Wahaha.. Ini memang baek! Suruh keluarkan invois. No problem. Kami pon tanya, "Nak issue invois kepada siapa?" Jawapannye simple, tapi cukup menerujakan kitorang. "JOVIAN MANDAGIE"

Jovian Mandagie beb cari kitorang... Ngeh3.. Suke gilerr.. Haha.. Setahun yang lalu, xsangka pon, kami akan terima client yang ade nama besar macam ni..Sekali lagi, Ahamdulillah atas rezeki mu Ya Allah.

Kitorang ceritakan kat sini bukan untuk bermegah cuma sekadar ingin berkongsi. Dalam berniaga sentiasa komited dengan apa yang kita usahakan. Ikhlas dengan apa yang kita buat. Kualiti jaga, harga mahal sket dari orang lain xpe. Utamakan kualiti kalau nak berniaga lama. Betul, kitorang percaya tu.

Kalau nak tengok live Photo Canvas yang kami hasilkan untuk JOVIAN MANDAGIE boleh pergi usha kat butik dorang kat JM Tower, Seksyen 7 Shah Alam. Jovian pon buat Photo Canvas dengan kitorang, cuba bayangkan kalau kat rumah pon ade 2 3 Photo Canvas by Canvas D Arte. Mesti cantik gileeee.. Kikikiki... 

OK, bye
















No comments:

Post a Comment