Wednesday 18 September 2013

Photo Canvas - Soalan Patut Tanya!

Hallo semua..

Soalan wajib tanya untuk tempah or order Photo Canvas - 
Material yang digunakan?
Material inilah yang menentukan harga sesebuah Photo Canvas. 
Di sini kami berikan material yang biasa digunakan dalam pembuatan photo canvas ok.

> Tarpaulin 
Low Class material. Biasa digunakan untuk buat bunting & banner. 
Bukan sejenis Canvas pon. Tak patut dipanggil Photo Canvas. 
Kalau terkena nasiblah. Sape suruh xtanye kan...

<0.5 Bintang dari 5>

> Poly Canvas
Material Canvas yang paling murah. Kualiti yang paling bawah di dalam kumpulan canvas. Poly Canvas agak nipis berbanding canvas jenis lain iaitu dalam 270gsm-300gsm je. Harga pon mestilah yg paling murah kan. Tak berapa sesuai digunakan dalam penghasilan Photo Canvas sebab bila print gambar akan nampak macam silau dibawah lampu. Printing pon xberapa cantik pakai material ni. Plus material ni senang terkoyak bila strecth pada Frame Kayu.

<2 Bintang dari 5>

> Cotton Canvas
Material Canvas yang paling selalu digunakan oleh pembekal Photo Canvas. Nama lain - 100% Cotton, Pure Cotton & Art Canvas. Agak tebal iaitu dalam 350gsm-375gsm. Material ni biasa digunakan dalam painting. Tapi bila print pon cantik. Xde masalah. Tahan lama & Durable. Just trekstur dia agak kasar. Almaklumlah Cotton kan. Harga tidak terlalu mahal & affordable lah. Yang kurang bajet disarankan ambil material ni k =)

<3.5 Bintang dari 5>
Cotton Canvas
> Poly Cotton Canvas (Kami menggunakan material ni) 

Material ni masih baru di pasaran. Tak banyak pembekal material ni lagi-lagi di Malaysia. Merata kami cari kat Malaysia ni, dari pembekal besar sampailah pembekal kecil-kecilan, semua pon xde yang bekalkan material ni. Last2 kami terpaksa gak order dari kilangnye iaitu China. Terpaksalah =P 
(Kalau ade supplier material ni bagitau kami k)

Material ni campuran Poly & Cotton iaitu 65% Polyester & 35% Cotton dan terhasillah Poly Cotton Canvas. Material paling tebal iaitu 410gsm-450gsm. Lebih putih berbanding Cotton Canvas. Paling cantik bila printing. Xtipu beb! Tapi mahal sketlah dari Cotton Canvas ye.. Beza ketara adalah tekstur Canvas ni lagi halus berbanding Cotton Canvas. Poly Cotton xmenggerutu macam Cotton Canvas. 
Sangat-sangat disyorkan.

<4 Bintang dari 5>
Poly Cotton Canvas

> Poly Cotton Canvas (LYVE Canvas - Made in USA)
Yang ni terbaik. Harga Mahal. hampir 5x ganda harga Poly Cotton Canvas.
Kami xmampu nk jual. Kalau anda mampu boleh carilah. hehe 
Check sini ye - 
<5 Bintang dari 5>

Sunday 8 September 2013

Kufi on Canvas

Hallo..
Sepanjang 5 bulan beroperasi, kami hanya print canvas gambar yang diberikan oleh pelanggan kami.
Tak kiralah gambar perkahwinan ke, graduation ke, holiday ke, family ke.. Korang bagi gambar dan kami akan memastikan gambar tersebut cantik di print atas canvas.

Namun, tiba masa kami memperkenalkan Projek terbaru Canvas D'Arte iaitu
Kufi on Canvas

Memandangkan Kufi ni bukan kepakaran kami, kami mengambil inisiatif dengan bekerjasama dengan beberapa penghasil2 seni khat kufi ini seperti kufiart.blogspot.com dan juga designer2 lain. Bukan xboleh copy paste je dalam google, tapi kami mahu memastikan ayat-ayat al-quran ni terjaga susun atur dan juga ejaannya. Xboleh main2 woo dengan ayat al-quran ni...



Ni adalah contoh-contoh Kufi on Canvas yang telah kami print ye. 
Nak order boleh email kami k.
canvasdarte@gmail.com
ataupun boleh PM kami di pages FB Canvas D' Arte k.








Wednesday 4 September 2013

Packaging Photo Canvas

Memandangkan Canvas D' ARte 100% bergantung kepada online,
peranan pos laju atau courier sangatlah memainkan peranan penting.
Kalau nak pos tu, komfemlah kene bungkus elok2 dulu. 
Ye x?

Sebelum ni, kami hanya bungkus dengan Brown Paper
dan diperkemaskan dengan soletape sebanyak2nya. Jimat kos la katakan..
Langkah ini memastikan supaya Photo Canvas ini tidak rosak bila sampai pada pelanggan.
(Setakat ni xde lagi pelanggan komen Photo Canvas mereka rosak semasa postage k)

Walaubagaimanapun, jeng jeng jeng....
Sekarang kami menggunakan material lain yg lebih selamat berbanding Brown Paper.
Material baru ni lebih tebal dan tahan lasak. Walaupun harga jauh lagi mahal dari Brown Paper biasa
Namun jangan risau. Harga Photo Canvas akan tetap maintain. 
Minyak naik harga pon Photo Canvas kami tetap pada harga yang sama.
Hohoho...