Monday, 5 January 2015

Photo Canvas Review by Blogger

Salam...

Sejak dari mula kami menghasilkan Produk - Photo Canvas, Blog merupakan antara medium utama untuk kami sampai kepada pelanggan di luar sana. Ramai peniaga di luar sana tidak begitu mementingkan blog dalam berniaga sebab keberkesanannya yang lambat berbanding Facebook dan juga Instagram. Tambah pula agak leceh untuk update Blog berbanding Facebook & Insta. Walaupun begitu, Blog mempunyai kesan jangka panjang di mana Blog penting untuk membina branding. Selepas setahun lebih baru nampak kesan blog kepada sesetengah perniagaan.  Begitu lah kesan Blog kepada kami di Canvas D Arte.

Selepas setahun maintain blog, sekarang kami lebih mudah dicari di "GOOGLE". Kalau dulu memang ntah page ke berapa baru jumpa Canvas D Arte. Now, boleh keluar kat first page tu. Hehehehe...


Dalam menaikkan traffic ke blog, kami menggunakan khidmat "Review by Blogger". Lazimnya kami akan mengirimkan photo canvas kami kepada blogger-blogger untuk review Photo Canvas yang kami hasilkan. No skrip. Just kreativiti blogger dan juga pandangan ikhlas mereka terhadap produk kami. Kalau mereka suka dengan produk kita, surely dorang ni akan bagi review yang membina. Kami percaya dengan Photo Canvas yang kitorang hasilkan, so kami juga percaya blogger-blogger ni pun pasti suka dengan hasilnye. Namun ade juga insan2 yang baik hati (Satisfied Customer) dan dengan ikhlasnya up cerita pasal Photo Canvas kami kat blog dorang tanpa sebarang bayaran tau. Terima kasih sangat-sangat kami ucapkan kepada mereka-mereka ni.

Ni antara review-review yang telah mereka hasilkan. So korang boleh baca dan nilaikan sendiri ye. 

  1. Blog Nadiafarahida
  2. www.hasrulhassan.com
  3. www.mialiana.com
  4. Blog Khairunnisahamzahara
  5. www.anisempoi.com
  6. www.fatindiana.com
  7. www.kisahemasputih.com
  8. www.azhafizah.com
  9. www.jaakechik.com
  10. Blog Ummienaufal
  11. www.juliajohari.com
Rasanya ni je kot.. hehehe.. Kalau ade yang tertinggal tu maafkan lah ye. =P

P/S - kalau-kalau ade blogger yang berminat nak buat advertorial untuk kitorng boleh email - canvasdarte@gmail.com atau direct whatsapp 0129806627 - Yop




Friday, 2 January 2015

Special Order from JOVIAN MANDAGIE

Alhamdulillah.. Semenjak mengusahakan Photo Canvas sepenuh masa ni, tak putus-putus rezeki yang Allah bagi. Sebelum ni risau xcukup income bila berniaga sepenuh masa. Tapi tu lah, rezeki tu di mana-mana. Heee..

Satu hari satu whatsapp masuk, bertanya harga untuk 16pcs 30x40 inch Photo Canvas. Sebelum ni kami pernah juga terima whatsapp macam ni. Tapi kebanyakannya bertanya harga je then senyap lepas tu. Itu biasa. Jadi kitorang berikan harga namun xdelah berharap sangat. Dalam hati kami tau, mesti beliau akan survey harga kat tempat lain gak. Surely akan ada yang tawar harga lagi murah. Tapi xpe lah, kami bagi harga kami. Harga kami xmurah, betul. Tapi kami pastikan ianya berpatutan dan setimpal dengan kualiti yang akan kami berikan.

Tak lama selepas tu, kami terima berita gembira berbunyi "Bro, Bos besar setuju" Wahaha.. Ini memang baek! Suruh keluarkan invois. No problem. Kami pon tanya, "Nak issue invois kepada siapa?" Jawapannye simple, tapi cukup menerujakan kitorang. "JOVIAN MANDAGIE"

Jovian Mandagie beb cari kitorang... Ngeh3.. Suke gilerr.. Haha.. Setahun yang lalu, xsangka pon, kami akan terima client yang ade nama besar macam ni..Sekali lagi, Ahamdulillah atas rezeki mu Ya Allah.

Kitorang ceritakan kat sini bukan untuk bermegah cuma sekadar ingin berkongsi. Dalam berniaga sentiasa komited dengan apa yang kita usahakan. Ikhlas dengan apa yang kita buat. Kualiti jaga, harga mahal sket dari orang lain xpe. Utamakan kualiti kalau nak berniaga lama. Betul, kitorang percaya tu.

Kalau nak tengok live Photo Canvas yang kami hasilkan untuk JOVIAN MANDAGIE boleh pergi usha kat butik dorang kat JM Tower, Seksyen 7 Shah Alam. Jovian pon buat Photo Canvas dengan kitorang, cuba bayangkan kalau kat rumah pon ade 2 3 Photo Canvas by Canvas D Arte. Mesti cantik gileeee.. Kikikiki... 

OK, bye