Sunday 16 March 2014

Disebalik DSLR Nikon D3100

Setahun yang lalu iaitu di awal tahun 2013, terlintas idea untuk memulakan perniagaaan photo canvas ini. Sejak dari itu kami xpernah terfikir untuk berpatah balik. Once set the date, kami akan lancarkan. Nampak mudah namun pelbagai kerja perlu dilakukan. Start dari operasi, bahan mentah dan paling penting, MODAL.
Yes, setiap perniagaan perlukan modal. Kecil mahupun besar. Untuk memulakan bisnes Photo Canvas ni, kami memerlukan modal yang agak besar walaupun hanya beroperasi secara online. Kalau ade fizikal kedai memang xtermampu lah. Tapi its ok. Better start dari berangan semata-mata. Kan?

Dalam mengumpul modal yang diperlukan, banyak yang perlu dikorbankan. 
Pinjam sana pinjam sini. Kumpul sikit-sikit. Gadai apa yang perlu. Akibat kalau perniaagaan ini xberhasil langsung xdifikirkan. REDAH JE! Dah redah baru nampak gambaran perniagaan ni. Then pandai-pandailah kan..

Antara aset yang telah digadaikan adalah, DSLR Nikon D3100. 
Harga xseberapa pon. Baru RM1800 masa beli. Namun sensitiviti value tu yang mahal. Why? Kamera ni dibeli masa Founder kami, Mr.Hafriz nak kahwin dan digunakan semasa perkahwinan beliau. Sayangnye toksah cakap la. But, itulah harga yang perlu dikorbankan untuk memulakan business ni. Siap pesan pada pembeli kamera tersebut "Jaga baik-baik ye bro. Sayang ni. N nanti kalau saya nak beli balik boleh x?" Pembeli tu tergelak kecil "Tengok la dulu".
Balik tu masih terfikir, betul ke apa yang aku buat ni. hurmmmmm...

Nikon D3100


Setahun berlalu, perniagaan Canvas D'Arte beroperasi dengan lancar. Dengan jayanya? Yes, we think so. Terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan Canvas D' Arte kami masih lagi bertapak dalam industri ini. Pasal kamera, Mr. Hafriz dah lupakan pon.. hee.. Namun, pada 16th March 2014, Canvas D Arte telah menggantikan DSLR Nikon D3100 beliau dengan yang baru, Nikon D3200. 
Suke? Yup semestinya. Hee.. Ni lah gambar kamera baru di Canvas D'Arte. Lepas ni xdelah lagi gambar Photo Canvas yang kelabu n kabur lagi.. hehehe

Nikon D3200 yang baru dibeli (Snap pakai kamera HP yang dah kelabu)

Apepon, jutaan terima kasih diucapkan pada semua pelanggan dan kawan-kawan yang menyokong kami selama ini. 
Chau Chin Chau..

No comments:

Post a Comment