Sunday 4 May 2014

SELFIE SELFIE SELFIE

Hellooo...

Tidak dinafikan sekarang ni famous dengan selfie ni.. Di mana-mana pun orang nak selfie. 
Terpulanglah pada korang ye. Hak masing-masing.

Apa kaitan selfie dengan Canvas D Arte?
Kalau nak abadikan selfie korang dalam bentuk canvas, surely xde masalah. Terpulang pada individu masing-masing. Gantung pulak dalam bilik sendiri. So no problem. Xde orang nk larang.

Walaubagaimanapun, satu faktor yang perlu diberi perhatian mengenai Selfie, adalah - 
Penggunaan Front Camera

Lazimnya, orang menggunakan Front Camera HP untuk snap selfie ni. Di sini masalah timbul kerana biasanya Pixel Camera front & back sesebuah HP adalah berbeza. Pixel Front Camera biasanya jauh lebih rendah dari Pixel Back Camera. Seperti sedia maklum, Camera yang pixel rendah akan menghasilkan gambar yang ber-resolution rendah dan bersaiz lebih kecil. Kalau setakat tengok dalam HP dan dalam PC memang xde masalah. Namun, bila nak print gambar canvas yang bersaiz besar, gambar akan pecah dan tak cantik.

Contohnya, HP saya sendiri - SAMSUNG GALAXY S2. Perbezaan saiz dan resolusi adalah seperti berikut - 


  • FRONT CAMERA - Saiz Gambar, 453kb - Resolusi, 1600x1200
  • BACK CAMERA - Saiz Gambar, 2478kb - Resolusi, 3264x2448
Dapat dilihat bagaimana perbezaan apabila menggunakan Front Camera. Saiz gambar yang bawah dari 1000kb surely xboleh pakai untuk print canvas. So, xkira cantik macamane pon selfie anda, ianya tetap xboleh digunakan, melainkan anda menggunakan Back Camera.

Kesimpulannya, nk Selfie pakai Back Camera ye.. hehehe...

P/s - Antara selfie menarik yang kami jumpe di internet.. Layannnn...






4 comments:

  1. sekarang zaman selfie bagai. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layannnn... duck face pon cantik jugak... =P

      Delete
  2. yang pesawat tu tak boleh tahan tengok .. gambar ke 3 .. sanggup keluar kan tangan semata2 nk selfie .. uncle memang terbaik !

    ReplyDelete
  3. Perghh menarik gambar-gamabr ni

    ReplyDelete