Ramai yang tahu kami beroperasi secara online 100% namun ramai yang tidak mengetahui yang sebenarnya selama setahun lebih ni Canvas D Arte beroperasi hanyalah secara part-time. Nampak macam full-time kan sebab sekejap je order korang disiapkan. 3-4 hari bekerja je dah boleh siap =P
Founder kami merangkap tukang kayu di Canvas D Arte bekerja sepenuh masa sebagai kerani di Amanah Raya Berhad, Kuala Lumpur. 8.30 pagi sampai lah 5.30 petang. Balik rumah then siapkan frame canvs korang lak. Masa Rehat? Entah... Macam xrehat je. Ye lahh, kadang-kadang tu pukul 1 2 pagi pon tungkus lumus siapkan frame lagi.. Gigih woo siapkan order.
Selepas 4 tahun bekerja di Amanah Raya Berhad (ARB), rasanya sudah sampai masa untuk saya @hafriz menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan ni. Saya tau ramai yang tak begitu menyokong keputusan untuk berhenti kerja dari ARB ni. Ye lah, Amanah Raya adalah satu company Berhad yang gah dan ternama. Orang tanya pon xmalu nk jawab. Kerja mane? Amanah Raya bro.. walhal kerani cabok je... =P
Ramai pasti mempersoalkan kenapa berhenti ARB dan buat bisnes? Anak bini nak makan apa? Dari company stabil, gaji besar kenapa nak pindah ke kerja yang gaji dan untung belum tentu ada. Kalau ada pun, mencukupi ke? Untuk pengetahuan kalian, setelah setahun lebih bertungkus lumus menaikkan company sendiri ni, hari ini Canvas D Arte mampu menjana income bulanan yang mencukupi atau sekurang-kurangnya sama dengan gaji bulanan di ARB.. Hakikat ni menguatkan lagi semangat untuk buat bisnes ni secara full-time.
Kenapa susah-susah nak berniaga? Kerja makan gaji kan senang..
Yup setuju yang amat sangat.. Tapi hakikatnye setiap orang berbeza. My passion is BUSINESS. Bukan sebab nak income juta-juta, tapi saya seronok buat bisnes. Seronok duit masuk. Seronok bayar bill. Seronok tengok Bank Statement. Yup! Seronok! Korang seronok tak dengan apa yang korang buat?
Kerja di Amanah Raya di bahagian akaun pon seronok jugak, One of my passion, tapi saya lagi seronok dengan full operation sesebuah bisnes. Dalam otak ni macam2 idea yang keluar. Nak buat itu, nak buat ini, Nak buat macam ni, nak pergi sana, nak pergi sini. Maaf. Kerja di ofis semata-mata xsesuai untukku.. Aku rasa rugi kalau terus berada di pejabat semata-mata.
Satu lagi sebab aku tekad untuk berniaga adalah MASA. Setiap orang ade 24 jam. Xkurang dan xlebih. Jadi terpulanglah pada org tu bagaimana nak habiskan 24 jam sehari tu.
My time will be look like this -
KERJA ARB (8 pagi - 6 petang)
Canvas D Arte (9 malam - 1 pagi)
Tido (1pagi - 6.30 pagi)
Macam tak logik, tapi itulah hakikatnye. Saya ada sorang isteri dan 2 orang anak, tapi mane masa saya untuk dorang? Sedih tapi terpaksa jugak buat. Maaf ye isteri dan juga anak-anak ayah. Ayah usaha untuk berikan kehidupan yang lebih baik untuk kalian. Antara kerja di ARB dengan kerja sendiri, akhirnya aku pilih untuk kerja sendiri. Supaya aku punya lebih masa dengan anak isteri hendaknya.
Akhir bulan Oktober 2014, aku nekadkan diri untuk tender resign dari ARB. Effective 30 November 2014. Surat resign pon dah hantar so xboleh nak tarik balik lagi. Apa nk jadi lepas ni akan aku hadapi. Apa nak takut, aku kan lelaki. Selagi ada tulang empat kerat dan juga akal fikiran ni akan aku usahakan untuk kehidupan yang lebih baik untukku serta keluargaku hendaknya.
Kawan-kawan, doakan aku berjaya. Tau!