Hallo semua..
Soalan wajib tanya untuk tempah or order Photo Canvas -
Material yang digunakan?
Material inilah yang menentukan harga sesebuah Photo Canvas.
Di sini kami berikan material yang biasa digunakan dalam pembuatan photo canvas ok.
> Tarpaulin
Low Class material. Biasa digunakan untuk buat bunting & banner.
Bukan sejenis Canvas pon. Tak patut dipanggil Photo Canvas.
Kalau terkena nasiblah. Sape suruh xtanye kan...
<0.5 Bintang dari 5>
> Poly Canvas
Material Canvas yang paling murah. Kualiti yang paling bawah di dalam kumpulan canvas. Poly Canvas agak nipis berbanding canvas jenis lain iaitu dalam 270gsm-300gsm je. Harga pon mestilah yg paling murah kan. Tak berapa sesuai digunakan dalam penghasilan Photo Canvas sebab bila print gambar akan nampak macam silau dibawah lampu. Printing pon xberapa cantik pakai material ni. Plus material ni senang terkoyak bila strecth pada Frame Kayu.
<2 Bintang dari 5>
> Cotton Canvas
Material Canvas yang paling selalu digunakan oleh pembekal Photo Canvas. Nama lain - 100% Cotton, Pure Cotton & Art Canvas. Agak tebal iaitu dalam 350gsm-375gsm. Material ni biasa digunakan dalam painting. Tapi bila print pon cantik. Xde masalah. Tahan lama & Durable. Just trekstur dia agak kasar. Almaklumlah Cotton kan. Harga tidak terlalu mahal & affordable lah. Yang kurang bajet disarankan ambil material ni k =)
> Poly Cotton Canvas (Kami menggunakan material ni)
Material ni masih baru di pasaran. Tak banyak pembekal material ni lagi-lagi di Malaysia. Merata kami cari kat Malaysia ni, dari pembekal besar sampailah pembekal kecil-kecilan, semua pon xde yang bekalkan material ni. Last2 kami terpaksa gak order dari kilangnye iaitu China. Terpaksalah =P
(Kalau ade supplier material ni bagitau kami k)
Material ni campuran Poly & Cotton iaitu 65% Polyester & 35% Cotton dan terhasillah Poly Cotton Canvas. Material paling tebal iaitu 410gsm-450gsm. Lebih putih berbanding Cotton Canvas. Paling cantik bila printing. Xtipu beb! Tapi mahal sketlah dari Cotton Canvas ye.. Beza ketara adalah tekstur Canvas ni lagi halus berbanding Cotton Canvas. Poly Cotton xmenggerutu macam Cotton Canvas.
Sangat-sangat disyorkan.
<4 Bintang dari 5>
Poly Cotton Canvas |
> Poly Cotton Canvas (LYVE Canvas - Made in USA)
Yang ni terbaik. Harga Mahal. hampir 5x ganda harga Poly Cotton Canvas.
Kami xmampu nk jual. Kalau anda mampu boleh carilah. hehe
Check sini ye -
<5 Bintang dari 5>