Sunday, 4 May 2014

SELFIE SELFIE SELFIE

Hellooo...

Tidak dinafikan sekarang ni famous dengan selfie ni.. Di mana-mana pun orang nak selfie. 
Terpulanglah pada korang ye. Hak masing-masing.

Apa kaitan selfie dengan Canvas D Arte?
Kalau nak abadikan selfie korang dalam bentuk canvas, surely xde masalah. Terpulang pada individu masing-masing. Gantung pulak dalam bilik sendiri. So no problem. Xde orang nk larang.

Walaubagaimanapun, satu faktor yang perlu diberi perhatian mengenai Selfie, adalah - 
Penggunaan Front Camera

Lazimnya, orang menggunakan Front Camera HP untuk snap selfie ni. Di sini masalah timbul kerana biasanya Pixel Camera front & back sesebuah HP adalah berbeza. Pixel Front Camera biasanya jauh lebih rendah dari Pixel Back Camera. Seperti sedia maklum, Camera yang pixel rendah akan menghasilkan gambar yang ber-resolution rendah dan bersaiz lebih kecil. Kalau setakat tengok dalam HP dan dalam PC memang xde masalah. Namun, bila nak print gambar canvas yang bersaiz besar, gambar akan pecah dan tak cantik.

Contohnya, HP saya sendiri - SAMSUNG GALAXY S2. Perbezaan saiz dan resolusi adalah seperti berikut - 


  • FRONT CAMERA - Saiz Gambar, 453kb - Resolusi, 1600x1200
  • BACK CAMERA - Saiz Gambar, 2478kb - Resolusi, 3264x2448
Dapat dilihat bagaimana perbezaan apabila menggunakan Front Camera. Saiz gambar yang bawah dari 1000kb surely xboleh pakai untuk print canvas. So, xkira cantik macamane pon selfie anda, ianya tetap xboleh digunakan, melainkan anda menggunakan Back Camera.

Kesimpulannya, nk Selfie pakai Back Camera ye.. hehehe...

P/s - Antara selfie menarik yang kami jumpe di internet.. Layannnn...






Sunday, 27 April 2014

Kufi - Allah, Muhammad & La ilahaillallah

Salam..
Berikut merupakan design terbaru kami untuk kufi - Allah, Muhammad & La ilahaillallah.
Design ni datang dengan set iaitu 3pcs Kufi on Canvas dalam 1 set.

Saiz yang available untuk set ini adalah - 

1. 12 inch - Kufi Allah (12x12 inch), Kufi Muhammad (12x12 inch) & Kufi La ilahaillallah (12x24 inch)
Harga RM170/set

2. 16 inch - Kufi Allah (16x16 inch), Kufi Muhammad (16x16 inch) & Kufi La ilahaillallah (16x32 inch)
Harga RM250/set

3. 20 inch - Kufi Allah (20x20 inch), Kufi Muhammad (20x20 inch) & Kufi La ilahaillallah (20x40 inch)
Harga RM380/set

Saiz Set Kufi 12 inch
Set 12 inch

Design yang available - 


Kalau tuan puan nak tukar colour kufi & background boleh bagitau kami k. 
Sebarang penukaran warna kufi dan juga background TIDAK dikenakan sebarang cas tambahan.

Nak order - 
email kami di canvasdarte@gmail.com.
PM kami di FB page - www.facebook.com/canvasdarte
Whatsapp/Call/SMS - 012-980 6627 (Hafriz) atau 017-282 9808 (Amin)

Jumpe lagi. Bye2 =)



Tuesday, 15 April 2014

College Photo Canvas

Photo Canvas 28x28 inch RM210 sahaja

Harga bergantung kepada saiz Photo Canvas. Macam dalam gambar ni memang saiz besar, 28x28 inch.
Harga RM210 sahaja. 
Anda rasa mahal? Xde masalah. Anda boleh check dengan mana-mana pembekal lain. Kami pasti kami menawarkan harga yang berpatutan. 

Ambil kira -

  1. Postage - Saiz  besar macamni, postage xkan kurang kurang dari RM25.00. N kami pasti kebanyakan pembekal lain bagi harga xtermasuk postage. We give you, FREE POSTAGE!
  2. Editing - FREE. Anda just bagi gambar n kami editkan. Sebelum print, kami akan tunjuk dulu pada anda.
  3. Tempoh siap - Biasanya orang lain akan siapkan dalam masa 5-7 hari. Ade tu sampai berbulan-bulan sampai lupa ade order. Nak murah sangat. Nasiblah =P Tapi kami 2-3 hari dah boleh siap. Hari ke-4 pos hari ke-5 sampai. Nak cepat lagi boleh je tapi kene datang collect area Puchong lah.
Nak order boleh email di canvasdarte@gmail.com k.
Xpun boleh direct Call/SMS/Whatsapp 0129806627 - Hafriz

Size 30x30 inch RM240

Size 24x48 inch RM280

Size 24x24 inch RM160

Sunday, 16 March 2014

Disebalik DSLR Nikon D3100

Setahun yang lalu iaitu di awal tahun 2013, terlintas idea untuk memulakan perniagaaan photo canvas ini. Sejak dari itu kami xpernah terfikir untuk berpatah balik. Once set the date, kami akan lancarkan. Nampak mudah namun pelbagai kerja perlu dilakukan. Start dari operasi, bahan mentah dan paling penting, MODAL.
Yes, setiap perniagaan perlukan modal. Kecil mahupun besar. Untuk memulakan bisnes Photo Canvas ni, kami memerlukan modal yang agak besar walaupun hanya beroperasi secara online. Kalau ade fizikal kedai memang xtermampu lah. Tapi its ok. Better start dari berangan semata-mata. Kan?

Dalam mengumpul modal yang diperlukan, banyak yang perlu dikorbankan. 
Pinjam sana pinjam sini. Kumpul sikit-sikit. Gadai apa yang perlu. Akibat kalau perniaagaan ini xberhasil langsung xdifikirkan. REDAH JE! Dah redah baru nampak gambaran perniagaan ni. Then pandai-pandailah kan..

Antara aset yang telah digadaikan adalah, DSLR Nikon D3100. 
Harga xseberapa pon. Baru RM1800 masa beli. Namun sensitiviti value tu yang mahal. Why? Kamera ni dibeli masa Founder kami, Mr.Hafriz nak kahwin dan digunakan semasa perkahwinan beliau. Sayangnye toksah cakap la. But, itulah harga yang perlu dikorbankan untuk memulakan business ni. Siap pesan pada pembeli kamera tersebut "Jaga baik-baik ye bro. Sayang ni. N nanti kalau saya nak beli balik boleh x?" Pembeli tu tergelak kecil "Tengok la dulu".
Balik tu masih terfikir, betul ke apa yang aku buat ni. hurmmmmm...

Nikon D3100


Setahun berlalu, perniagaan Canvas D'Arte beroperasi dengan lancar. Dengan jayanya? Yes, we think so. Terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan Canvas D' Arte kami masih lagi bertapak dalam industri ini. Pasal kamera, Mr. Hafriz dah lupakan pon.. hee.. Namun, pada 16th March 2014, Canvas D Arte telah menggantikan DSLR Nikon D3100 beliau dengan yang baru, Nikon D3200. 
Suke? Yup semestinya. Hee.. Ni lah gambar kamera baru di Canvas D'Arte. Lepas ni xdelah lagi gambar Photo Canvas yang kelabu n kabur lagi.. hehehe

Nikon D3200 yang baru dibeli (Snap pakai kamera HP yang dah kelabu)

Apepon, jutaan terima kasih diucapkan pada semua pelanggan dan kawan-kawan yang menyokong kami selama ini. 
Chau Chin Chau..

Wednesday, 5 March 2014

Kerjasama bersama CRUMBS Kinrara

Pada 26th February 2014 yang lepas, Canvas D' Arte telah diamanahkan untuk menghasilkan Hiasan Dalaman bagi Kafe CRUMBS Bandar Kinrara yang akan dibuka pada March 2014. Terima Kasih diucapkan kepada Miss Liyana atas kepercayaan yang telah diberikan. Semoga perniagaan anda dan juga kami sama-sama maju di masa hadapan.

Sekitar pemasangan di CRUMBS Kinrara -











Sunday, 2 March 2014

1st Year Anniversary

Alhamdulillah.. 
Syukur ke hadrat ilahi, Canvas D Arte telah berjaya mencapai usia setahun. Sekejap je rasa.
Rasa macam baru semalam je beroperasi. Rupanya dah setahun pun kami ditubuhkan.

Dalam mencapai usia setahun, pelbagai pengalaman manis dan juga pahit telah kami harungi. Segala pengalaman ini akan kami manfaatkan dalam memperbaiki serta menaiktaraf perkhidmatan yang kami sediakan. Kami mengharapkan kerjasama dari anda dalam membantu kami ye.. 

Xde pape ke sempena anniversary ni?
Ehemmm.. Insyaallah ade. Dalam perancangan untuk set up promo dan juga banner. Hehehe..
Teruskan menyokong kami k.. Sayang korang!

Jumpa lagi k..Tata..


Sunday, 9 February 2014

Pilihan Gambar

Hallo..
Long time no see.. hee
Sebelum nak order Photo Canvas, perkara pertama yang perlu ada adalah - 
GAMBAR

Ciri utama gambar yang diperlukan, pertamanya mestilah cantik. Kalau xcantik, sorry.. Kami pon xnak proses. Bukan sebab kami menolak rezeki, tapi bagi menjaga kepuasan pelanggan dan juga kepuasan kami sebagai artis. hee.. Kami tidak akan jual hasil yg kami sendiri tidak puas hati. Yang tu pasti!

Nak mendapatkan gambar yang cantik, paling utama adalah camera yang digunakan. Kalau ade skill lagi lah terbaik kan.. Kalau pakai DSLR sure gambar cantik punye (Yg shaking xkira ye =P) . Yang dah pro macam-macam mode boleh pakai. Tapi yg belom pro tu, pakai je mode Auto. Xyah nak pening-pening kepala. =P

Xde DSLR. Mahallah...No Problemo!
Ade Smartpone kan? Iphone, Ipad, Samsung Galaxy, Note, Lenovo n macam2 lagi.. 
Handphone canggih2 ni, camera dorang pon tinggi pixel die n boleh hasilkan gambar yang cantik dan juga sharp. So no problem. Just Snap!

Walaubagaimanapun, ade gak kekecualiannya. hee.. 
Kebanyakan HP canggih ni ade macam2 aplikasi. Cymera lah, Camera 360 lah dan macam2 lagi. 
Aplikasi ambil gambar ni memang dapat menghasilkan gambar yang cantik, 
TAPI....
Sebelum ambil gambar sila pastikan perkara2 ni di bahagian Camera Setting anda tu (Xpun set siap2). 

  1. Photo Size - Sila setkan Photo Size ke saiz yang paling besar. Lagi besar lagi bagus. Untuk Photo Canvas yang cantik dan tidak pecah bila print, saiz photo mesti lagi besar dari 1mb atau 1000kb.
  2. Resolution - Resolution ni mempengaruhi saiz gambar. Kalau set resolution yang kecil, gambar yang terhasil juga akan bersaiz kecil. Konfirm! So set lah resolution camera anda ke tahap yang tertinggi.
  3. Pixel - Camera yang tinggi pixelnya akan menghasilkan gambar yang ber-resolution tinggi dan gambar yang bersaiz besar.
Kami di Canvas D'Arte memberikan servis checking gambar anda dengan percuma. Just emailkan gambar ke canvasdarte@gmail.com k. Namun, kami memohon sebelum hantar tu, check dulu size gamabar tersebut di bahagian details atau properties Hp atau computer anda. Kalau gambar tu 90kb, 150kb or 300kb surely memang xboleh pakai. Selalunya gambar yg snap direct dari Smartphone, Camera Digital atau DSLR, xkan dapat saiz kecil camtu, melainkan anda download gambar tersebut dari web macam Facebook, Instagram atau blog. Senang cite, kebanyakan file yang dah diupload ke web-web dan di download semula akan mengecil dari segi saiz. Konfirm xboleh pakai k.. 

Ok itu sahaja. Semoga jumpe lagi. Nak order Photo Canvas, just email kami di canvasdarte@gmail.com k.
Pertanyaan boleh call/SMS/Whatsapp 0129806627 (Hafriz) atau 0172829808 (Amin). Pe lagi, JOM!