Monday 24 November 2014

Selamat Tinggal Amanah Raya Berhad

(Post kali ini tiada kene mengena dengan Canvas D Arte atau pun Canvas Photo)

Ramai yang tahu kami beroperasi secara online 100% namun ramai yang tidak mengetahui yang sebenarnya selama setahun lebih ni Canvas D Arte beroperasi hanyalah secara part-time. Nampak macam full-time kan sebab sekejap je order korang disiapkan. 3-4 hari bekerja je dah boleh siap =P

Founder kami merangkap tukang kayu di Canvas D Arte bekerja sepenuh masa sebagai kerani di Amanah Raya Berhad, Kuala Lumpur. 8.30 pagi sampai lah 5.30 petang. Balik rumah then siapkan frame canvs korang lak. Masa Rehat? Entah... Macam xrehat je. Ye lahh, kadang-kadang tu pukul 1 2 pagi pon tungkus lumus siapkan frame lagi.. Gigih woo siapkan order.

Selepas 4 tahun bekerja di Amanah Raya Berhad (ARB), rasanya sudah sampai masa untuk saya @hafriz menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan ni. Saya tau ramai yang tak begitu menyokong keputusan untuk berhenti kerja dari ARB ni. Ye lah, Amanah Raya adalah satu company Berhad yang gah dan ternama. Orang tanya pon xmalu nk jawab. Kerja mane? Amanah Raya bro.. walhal kerani cabok je... =P 

Ramai pasti mempersoalkan kenapa berhenti ARB dan buat bisnes? Anak bini nak makan apa? Dari company stabil, gaji besar kenapa nak pindah ke kerja yang gaji dan untung belum tentu ada. Kalau ada pun, mencukupi ke? Untuk pengetahuan kalian, setelah setahun lebih bertungkus lumus menaikkan company sendiri ni, hari ini Canvas D Arte mampu menjana income bulanan yang mencukupi atau sekurang-kurangnya sama dengan gaji bulanan di ARB.. Hakikat ni menguatkan lagi semangat untuk buat bisnes ni secara full-time.

Kenapa susah-susah nak berniaga? Kerja makan gaji kan senang..
Yup setuju yang amat sangat.. Tapi hakikatnye setiap orang berbeza. My passion is BUSINESS. Bukan sebab nak income juta-juta, tapi saya seronok buat bisnes. Seronok duit masuk. Seronok bayar bill. Seronok tengok Bank Statement. Yup! Seronok! Korang seronok tak dengan apa yang korang buat?

Kerja di Amanah Raya di bahagian akaun pon seronok jugak, One of my passion, tapi saya lagi seronok dengan full operation sesebuah bisnes. Dalam otak ni macam2 idea yang keluar. Nak buat itu, nak buat ini, Nak buat macam ni, nak pergi sana, nak pergi sini. Maaf. Kerja di ofis semata-mata xsesuai untukku.. Aku rasa rugi kalau terus berada di pejabat semata-mata.


Satu lagi sebab aku tekad untuk berniaga adalah MASA. Setiap orang ade 24 jam. Xkurang dan xlebih. Jadi terpulanglah pada org tu bagaimana nak habiskan 24 jam sehari tu.
My time will be look like this -
KERJA ARB (8 pagi - 6 petang)
Canvas D Arte (9 malam - 1 pagi)
Tido (1pagi - 6.30 pagi)

Macam tak logik, tapi itulah hakikatnye. Saya ada sorang isteri dan 2 orang anak, tapi mane masa saya untuk dorang? Sedih tapi terpaksa jugak buat. Maaf ye isteri dan juga anak-anak ayah. Ayah  usaha untuk berikan kehidupan yang lebih baik untuk kalian. Antara kerja di ARB dengan kerja sendiri, akhirnya aku pilih untuk kerja sendiri. Supaya aku punya lebih masa dengan anak isteri hendaknya. 

Akhir bulan Oktober 2014, aku nekadkan diri untuk tender resign dari ARB. Effective 30 November 2014. Surat resign pon dah hantar so xboleh nak tarik balik lagi. Apa nk jadi lepas ni akan aku hadapi. Apa nak takut, aku kan lelaki. Selagi ada tulang empat kerat dan juga akal fikiran ni akan aku usahakan untuk kehidupan yang lebih baik untukku serta keluargaku hendaknya.
Kawan-kawan, doakan aku berjaya. Tau!



Sunday 23 November 2014

TESTIMONI

Selama ni kami jarang-jarang nak up testimoni dari pelanggan. 
Ke sebab xde orang testimoni yang baik2? 
ishh ishh ishh.. jangan la camtu..
Dah setahun lebih kot kami niaga dan masih lagi boleh bertahan sampai sekarang. Mustahil lah xde orang komen baik2.. kan?

Ok lah, ni kami share beberapa testimoni tapi yang baru-baru je lah ye. Yang lama-lama malas dah nak korek. heee =P











Kufi Simple - Allah dan Muhammad

Kami faham, tulisan kufi ni memang susah nak baca. Berpusing-pusing dengan petak lagi. 
So untuk lebih sukakan design yang simple boleh ambil tengok design-design Allah dan Muhammad ni k. Simple dan insyaallah semua orang pon boleh baca.


















Berminat boleh whatsapp kami tau 0129806627

jumpa lagi nanti.. =)

Friday 22 August 2014

FOLLOW OUR INSTAGRAM - @canvasdarte

Jangan lupa follow instagram kami ye untuk design dan juga update2 terbaru. Tq


Kufi on Canvas - Modern Style Frame

Setahun lamanya kami mengekalkan style Photo Canvas dalam Kufi on Canvas kami.
Macamane style Photo Canvas tu?
Refer gambar bawah ni ye..


Photo Canvas Style di mana Cotton Canvas membalut seluruh Frame Kayu. 
Dari belakang je Frame Kayu ni boleh dilihat.

Namun, sekarang kami akan mengenalkan Style Baru bagi Kufi on Canvas iaitu penggunaan
"Modern Style Frame"

Printing material kami masih menggunakan material yang sama iaitu Cotton Canvas. Bukan Tarpaulin atau Nylon Canvas yang akan silau bila terkena cahaya. Yang berubah hanyalah kami tidak lagi menggunakan Frame Kayu biasa tetapi menggunakan Frame luar yang tampak lebih moden dan anggun. Tambahan pula frame jenis ni xde kaca, so texture canvas tetap akan nampak. Tapi kalau nk letak kaca pon boleh. N kalau ade kaca xboleh post lah ye. Kene collect by hand.

Di bawah merupakan contoh penggunaan "Modern Style Frame"







p/s - Abaikan senget-senget tu yek cos canvas ni xpasang pon lagi. 
Just letak je dalam frame dulu. Ambil gambar dulu. Hee

Menggunakan Modern Style Canvas, harga pon lain dari Photo Canvas biasa. 
Berikut harga bagi Kufi on Canvas Modern Style Frame - 
12 x 24 inch - RM150
16 x 32 inch - RM230
20 x 40 inch - RM320
24 x 48 inch - RM450

Postage dah include ye. Berminat boleh email kami di 
canvasdarte@gmmail.com 
ataupun whatsapp kami
Hafriz 0129806627
Amin 0172829808

Jumpa lagi.. Daaa =)

Saturday 16 August 2014

Photo Canvas yang bukan Photo Canvas

Macam pelik je tajuk kali ni.. hehehe..

Sebagai pengeluar produk Photo Canvas, kami lebih mengetahui tentang produk ini berbanding dengan korang. Kami juga lebih mengetahui pesaing kami lebih dari anda. Dan juga kami juga familiar dengan taktik atau plan yang digunakan dalam menjual produk ni.

Baru-baru ni kami ade terjumpa, satu pages du FB menjual produk Photo Canvas yang sangat-sangat murah. Yup, SANGAT MURAH! Photo Canvas saiz 12x18 inch yang kami jual dengan harga RM75 dorang boleh jual dengan harga RM30 sahaja. Besar sangat perbezaannya. Terbeliak mata kami macam xpercaya. Camne dorang boleh jual harga camtu. Xmasuk akal weh!

So... Tanpa membuang masa kami pon order lah photo canvas dengan die ni.. Lepas buat bayaran dan emailkan gambar, kira-kira 2 minggu kemudian kami pon terima bungkusan dari Pos Malaysia. Dengan keterujaan yang membuak2 kami pon bukak bungkusan tu..

Jeng Jeng Jeng!

First Impression - BAD! Its not even a Photo Canvas! Tertipu wehhh.. Bang oi, ni bukan canvas. Ni tarpaulin. Tarpaulin tau x? Material yang yang orang buat banner tu... Aiyoo... No wonder lah harganya murah sangat2.. Harga printing banner baru Rm1.20 sekaki abg oi... Printing canvas jangan harap lah boleh dapat harga camtu weh..

Tarpaulin Photo bukan Photo Canvas

Yup kami lebih tahu dari korang. Kalau dengan yang xtau tu, mesti korang percaya je bulat-bulat kan.. Ya kami akui cantik jugaklah even pakai tarpaulin. Tapi Canvas dengan Tarpaulin adalah 2 material yang berbeza dengan kualiti yang sangat berbeza juga cik oi. Please lah jujur dengan pelanggan. If canvas cakap canvas. If tarpaulin cakap tarpaulin. Awak sedang memberikan impression yang Canvas dan Tarpaulin adalah material yang sama dan juga dengan kualiti yang sama. P/s - Baca mengenai material di sini ye..
Material Canvas
Material Tarpaulin

Dan kekecewaan kami tidak berakhir di situ. Adess! Cakap banyak tak guna, check gambar ye -



Sedihnye lah.. Dah la pakai tarpaulin, patah lak tu... Maybe bukan salah die pasal patah ni, tapi tengoklah apa tindakan yang akan dorang ni buat. Kami dah whatsapp penjual ni. Tunggu reply dorang lak.. Nanti kami update dalam entry lain lak ye.. Hopefully boleh dapat baru. Tarpaulin pon tarpaulin lah..

Pengajaran yang dapat dipetik dari kisah ini -
1. Jangan percaya dengan tawaran yang terlalu baik. Too good to be true!
2. Barang baek pastinya akan datang dengan harga yang baik juga.
3. Nak buat Photo Canvas cari Canvas D' Arte je k. Nescaya anda tidak akan menyesal. Kikiki...

Peace yoo!!

P/S - Kalaulah owner FB Pages Photo Canvas ***** tersebut baca ni, mohon janganlah buat macam ni lagi.. Kesian kat customer n kite sama-sama cari makan bro. Kalau jual Tarpaulin Photo janganlah claim jual Canvas Photo ye. Tq bro. Kosong-Kosong.. SELAMAT HARI RAYA!

Wednesday 6 August 2014

Kufi on Canvas - 4 Quls

Pada permulaan Canvas D' Arte mengeluarkan produk kufi, 4 Quls adalah kufi yang mula-mula diperkenalkan. Selepas berjaya mendapatkan master file untuk design tersebut dari penggiat kufi di Malaysia, design kufi 4 Quls kami terus berevolusi. Insyaallah ianya tidak akan berhenti selagi kami dikurniakan kreativiti yang dikurniakan Allah SWT.

Bagi design 4 Quls kami mengkategorikan kepada beberapa jenis iaitu -

1. Jenis A - 4 Quls dalam satu Panel Frame (Square)
 

2. Jenis B - 4 Quls dalam 4 Panel Frame


3. Jenis C - 4 Quls dalam 1 Panel Frame (1x4)

Berikut antara design 4 Quls yang telah dihasilkan. Berminat boleh pilih ye. Design adalah sama just jenis A, B dan C je yang berlainan. Harga pon berlainan mengikut saiz per panel.









p/s - Maafkan kualiti kamera yang tidak berkualiti. Pudar je gambar kan.
Kami jamin korang mesti akan suka dengan kualiti printing kami. Hee

#XPUASHATIBOLEH TUKAR