Sunday, 16 March 2014

Disebalik DSLR Nikon D3100

Setahun yang lalu iaitu di awal tahun 2013, terlintas idea untuk memulakan perniagaaan photo canvas ini. Sejak dari itu kami xpernah terfikir untuk berpatah balik. Once set the date, kami akan lancarkan. Nampak mudah namun pelbagai kerja perlu dilakukan. Start dari operasi, bahan mentah dan paling penting, MODAL.
Yes, setiap perniagaan perlukan modal. Kecil mahupun besar. Untuk memulakan bisnes Photo Canvas ni, kami memerlukan modal yang agak besar walaupun hanya beroperasi secara online. Kalau ade fizikal kedai memang xtermampu lah. Tapi its ok. Better start dari berangan semata-mata. Kan?

Dalam mengumpul modal yang diperlukan, banyak yang perlu dikorbankan. 
Pinjam sana pinjam sini. Kumpul sikit-sikit. Gadai apa yang perlu. Akibat kalau perniaagaan ini xberhasil langsung xdifikirkan. REDAH JE! Dah redah baru nampak gambaran perniagaan ni. Then pandai-pandailah kan..

Antara aset yang telah digadaikan adalah, DSLR Nikon D3100. 
Harga xseberapa pon. Baru RM1800 masa beli. Namun sensitiviti value tu yang mahal. Why? Kamera ni dibeli masa Founder kami, Mr.Hafriz nak kahwin dan digunakan semasa perkahwinan beliau. Sayangnye toksah cakap la. But, itulah harga yang perlu dikorbankan untuk memulakan business ni. Siap pesan pada pembeli kamera tersebut "Jaga baik-baik ye bro. Sayang ni. N nanti kalau saya nak beli balik boleh x?" Pembeli tu tergelak kecil "Tengok la dulu".
Balik tu masih terfikir, betul ke apa yang aku buat ni. hurmmmmm...

Nikon D3100


Setahun berlalu, perniagaan Canvas D'Arte beroperasi dengan lancar. Dengan jayanya? Yes, we think so. Terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan Canvas D' Arte kami masih lagi bertapak dalam industri ini. Pasal kamera, Mr. Hafriz dah lupakan pon.. hee.. Namun, pada 16th March 2014, Canvas D Arte telah menggantikan DSLR Nikon D3100 beliau dengan yang baru, Nikon D3200. 
Suke? Yup semestinya. Hee.. Ni lah gambar kamera baru di Canvas D'Arte. Lepas ni xdelah lagi gambar Photo Canvas yang kelabu n kabur lagi.. hehehe

Nikon D3200 yang baru dibeli (Snap pakai kamera HP yang dah kelabu)

Apepon, jutaan terima kasih diucapkan pada semua pelanggan dan kawan-kawan yang menyokong kami selama ini. 
Chau Chin Chau..

Wednesday, 5 March 2014

Kerjasama bersama CRUMBS Kinrara

Pada 26th February 2014 yang lepas, Canvas D' Arte telah diamanahkan untuk menghasilkan Hiasan Dalaman bagi Kafe CRUMBS Bandar Kinrara yang akan dibuka pada March 2014. Terima Kasih diucapkan kepada Miss Liyana atas kepercayaan yang telah diberikan. Semoga perniagaan anda dan juga kami sama-sama maju di masa hadapan.

Sekitar pemasangan di CRUMBS Kinrara -











Sunday, 2 March 2014

1st Year Anniversary

Alhamdulillah.. 
Syukur ke hadrat ilahi, Canvas D Arte telah berjaya mencapai usia setahun. Sekejap je rasa.
Rasa macam baru semalam je beroperasi. Rupanya dah setahun pun kami ditubuhkan.

Dalam mencapai usia setahun, pelbagai pengalaman manis dan juga pahit telah kami harungi. Segala pengalaman ini akan kami manfaatkan dalam memperbaiki serta menaiktaraf perkhidmatan yang kami sediakan. Kami mengharapkan kerjasama dari anda dalam membantu kami ye.. 

Xde pape ke sempena anniversary ni?
Ehemmm.. Insyaallah ade. Dalam perancangan untuk set up promo dan juga banner. Hehehe..
Teruskan menyokong kami k.. Sayang korang!

Jumpa lagi k..Tata..


Sunday, 9 February 2014

Pilihan Gambar

Hallo..
Long time no see.. hee
Sebelum nak order Photo Canvas, perkara pertama yang perlu ada adalah - 
GAMBAR

Ciri utama gambar yang diperlukan, pertamanya mestilah cantik. Kalau xcantik, sorry.. Kami pon xnak proses. Bukan sebab kami menolak rezeki, tapi bagi menjaga kepuasan pelanggan dan juga kepuasan kami sebagai artis. hee.. Kami tidak akan jual hasil yg kami sendiri tidak puas hati. Yang tu pasti!

Nak mendapatkan gambar yang cantik, paling utama adalah camera yang digunakan. Kalau ade skill lagi lah terbaik kan.. Kalau pakai DSLR sure gambar cantik punye (Yg shaking xkira ye =P) . Yang dah pro macam-macam mode boleh pakai. Tapi yg belom pro tu, pakai je mode Auto. Xyah nak pening-pening kepala. =P

Xde DSLR. Mahallah...No Problemo!
Ade Smartpone kan? Iphone, Ipad, Samsung Galaxy, Note, Lenovo n macam2 lagi.. 
Handphone canggih2 ni, camera dorang pon tinggi pixel die n boleh hasilkan gambar yang cantik dan juga sharp. So no problem. Just Snap!

Walaubagaimanapun, ade gak kekecualiannya. hee.. 
Kebanyakan HP canggih ni ade macam2 aplikasi. Cymera lah, Camera 360 lah dan macam2 lagi. 
Aplikasi ambil gambar ni memang dapat menghasilkan gambar yang cantik, 
TAPI....
Sebelum ambil gambar sila pastikan perkara2 ni di bahagian Camera Setting anda tu (Xpun set siap2). 

  1. Photo Size - Sila setkan Photo Size ke saiz yang paling besar. Lagi besar lagi bagus. Untuk Photo Canvas yang cantik dan tidak pecah bila print, saiz photo mesti lagi besar dari 1mb atau 1000kb.
  2. Resolution - Resolution ni mempengaruhi saiz gambar. Kalau set resolution yang kecil, gambar yang terhasil juga akan bersaiz kecil. Konfirm! So set lah resolution camera anda ke tahap yang tertinggi.
  3. Pixel - Camera yang tinggi pixelnya akan menghasilkan gambar yang ber-resolution tinggi dan gambar yang bersaiz besar.
Kami di Canvas D'Arte memberikan servis checking gambar anda dengan percuma. Just emailkan gambar ke canvasdarte@gmail.com k. Namun, kami memohon sebelum hantar tu, check dulu size gamabar tersebut di bahagian details atau properties Hp atau computer anda. Kalau gambar tu 90kb, 150kb or 300kb surely memang xboleh pakai. Selalunya gambar yg snap direct dari Smartphone, Camera Digital atau DSLR, xkan dapat saiz kecil camtu, melainkan anda download gambar tersebut dari web macam Facebook, Instagram atau blog. Senang cite, kebanyakan file yang dah diupload ke web-web dan di download semula akan mengecil dari segi saiz. Konfirm xboleh pakai k.. 

Ok itu sahaja. Semoga jumpe lagi. Nak order Photo Canvas, just email kami di canvasdarte@gmail.com k.
Pertanyaan boleh call/SMS/Whatsapp 0129806627 (Hafriz) atau 0172829808 (Amin). Pe lagi, JOM!

Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum Kawan-kawan..
Berlalu sudah tahun 2013, di mana pelbagai suka dan duka telah kami di Canvas D' Arte harungi. Segala pengalaman pahit dan manis akan kami jadikan rujukan dan juga pengajaran dalam memberikan hasil dan juga servis yg terbaik untuk pelanggan baru dan juga sedia ada kami.

Terima kasih sangat-sangat kami ucapkan kepada mereka yang banyak menyokong dan juga membantu kami dalam mencapai tahap di mana kami berada sekarang. Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa kalian.

Setiap kali tahun baru, pasti setiap orang ade azam tahun baru. Paling kurang pun azam tahun 2014 adalah untuk merealisasikan azam yang xtertunai tahun 2013. =P
Pada 2013, Canvas D'Arte telah ditubuhkan & beroperasi secara online, namun pada 2014, kami berazam untuk membuka kedai, ofis, galeri & juga bengkel kami sendiri. Lokasi, insyaallah di Lembah Klang. Doakan kami berjaya ye.. hehee =)

Harapan kami, semoga tahun 2014 akan menjadi tahun yg bermakna bagi kita semua. Walaupun 2014 dikenali sebagai tahun naik harga, insyaallah kami dengan sedaya upaya akan cuba untuk mengekalkan harga sedia ada tanpa mengurangkan kualiti Photo Canvas kami. 

Jumpa lagi. bye2 =)


Thursday, 21 November 2013

Ekspo Muktamar Pas ke-59

Hi.. 
Long time no see..
Tapi bukan bermakna kami xaktif ye. Just sibuk sket menyiapkan persiapan untuk event ni.
Jangan salah faham ye, kami bukan ahli Pas, just join je ekspo ni memandangkan kami nak marketkan Kufi on Canvas kami. Dan kami merasakan ekspo ni merupakan platform terbaik untuk kami bawa produk kami dengan lebih jauh. Ini juga kali pertama kami keluar ke public bertemu dengan orang ramai. hee..

Siapa2 yg berkesempatan jom lah join kami k. 
Detail -
Booth - C39 (Corporate Booth)
Lokasi - Stadium Melawati, Shah Alam
Tarikh - 22-24 November 2013
Waktu - 9 Pagi - 9 Malam








Wednesday, 2 October 2013

PROMOSI DATANG LAGI!

Salam..
hoho.. Rasanya macam dah lama xbuat promosi.
kali ni kami bukak balik Promosi. Tapi on limited Time ye.
Sempena Hari Raya Aidiladha yg semakin hampir, 
masih sempat nk order photo canvas untuk diletakkan dirumah time raya nanti.
Pasti tetamu korang terpegun melihatnye.. hee =P

Detail refer poster iklan ye. 
Nak order cepat email ke 
canvasdarte@gmail.com
Sebarang pertanyaan boleh email k.
SMS/Call/Whatsapp - 0129806627
PM FB - Canvas D' Arte