Tuesday 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum Kawan-kawan..
Berlalu sudah tahun 2013, di mana pelbagai suka dan duka telah kami di Canvas D' Arte harungi. Segala pengalaman pahit dan manis akan kami jadikan rujukan dan juga pengajaran dalam memberikan hasil dan juga servis yg terbaik untuk pelanggan baru dan juga sedia ada kami.

Terima kasih sangat-sangat kami ucapkan kepada mereka yang banyak menyokong dan juga membantu kami dalam mencapai tahap di mana kami berada sekarang. Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa kalian.

Setiap kali tahun baru, pasti setiap orang ade azam tahun baru. Paling kurang pun azam tahun 2014 adalah untuk merealisasikan azam yang xtertunai tahun 2013. =P
Pada 2013, Canvas D'Arte telah ditubuhkan & beroperasi secara online, namun pada 2014, kami berazam untuk membuka kedai, ofis, galeri & juga bengkel kami sendiri. Lokasi, insyaallah di Lembah Klang. Doakan kami berjaya ye.. hehee =)

Harapan kami, semoga tahun 2014 akan menjadi tahun yg bermakna bagi kita semua. Walaupun 2014 dikenali sebagai tahun naik harga, insyaallah kami dengan sedaya upaya akan cuba untuk mengekalkan harga sedia ada tanpa mengurangkan kualiti Photo Canvas kami. 

Jumpa lagi. bye2 =)